Wednesday, March 9, 2011

roll away your stone oleh mumford and sons

suka aksi melompat dalam video ni.
aku tengok, selalunya depa memang akan melompat bila menyanyi lagu ni.
kalau tak melompat, hentak kaki.

suka lagu ni sebab bunyi banjonya.
dan disebabkan oleh bunyi banjonya yang sedap tu,
aku rasa macam lagu ni, termasuk dalam OST filem rango.
semalam aku tengok rango punya trailer (trailer dalam yahoo movie), aku terperasan yang bunyi banjo diakhir trailer tu adalah sama dengan bunyi banjo lagu ni.



Monday, March 7, 2011

the cave dan dustbowl dance oleh mumford and sons

lagu pertama, the cave.
lagu ke-2, dustbowl dance.

lagu dustbowl dance adalah lagu ke-3 aku paling suka dalam album depa ni selepas i gave you all dan thistle and weeds.

the cave pulak, bila dengaq lagu tu, rasa nak bangkit menari orang puteh punya folk-dance. walaupun sebenaqnya mana nak tau pon menari folk-dance. tau sebut saja.



i gave you all oleh mumford and sons

wah lama jugak aku tak update.
tak update sebab aku tengah sangkut dengan mumford and sons. hilang sebentar perasaan mahu melewaq di youtube cari band2 yang baru tuk telinga aku.
dalam playlist aku, ada banyak lagu depa ni saja.

i gave you all ni, adalah antara lagu depa yang aku suka.
aku suka emosi yang aku rasa bila aku dengaq lagu ni.
macam perasaan yang sedih, berserah, tapi tang last sekali, ok fine, kau menang!